10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia
[tps_title]Nadia Murad[/tps_title]
Nadia Murad mula meningkat naik selepas dia berjaya meloloskan diri dari tahanan, selepas tiga bulan menjadi hamba seks kepada kumpulan ISIS pada tahun 2014. Daripada memilih untuk mendiamkan diri, dia kini menjadi figura dunia dalam gerakan hak manusia dan menjadi peguam bela terhadap orang Yazidi, puak minoriti Iraq yang sering menjadi target kumpulan ISIS. Dia menerima anugerah Nobel Peace Price pada tahun 2018 kerana penolakkannya terhadap “menerima kod sosial yang mengharuskan wanita untuk berdiam diri dan malu terhadap serangan yang telah dikenakan kepada mereka.” Murad juga merupakan duta muhibah pertama United Nations untuk Dignity of Survivors of Human Trafficking. Dia menggunakan platformnya untuk mengajar orang ramai tentang apa yang berlaku di dalam negara kelahirannya. Dokumentari tahun 2018, ‘On Her Shoulders’ menerangkan kepada penonton tentang pembunuhan beramai-ramai Yazidi, susah payahnya untuk menjadi figura dunia, dan bagaimana dia cuba mempengaruhi perubahan.