10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia – Page 10 – Glam Malaysia

10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia

[tps_title]Halima Aden[/tps_title]

Representation itu penting. Dan bagi semua wanita di seluruh dunia, melihat Aden yang memakai hijab tidak hanya di dalam pertandingan kecantikan tetapi juga di muka hadapan kedua-dua naskhah Vogue British dan Arabia adalah seakan satu gerakan buat wanita. Aden membesar di dalam sebuah kem pelarian, dan pernah menyatakan keinginannya untuk kembali ke sana menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak yang menetap di sana. “I want to go back to the camp – it’s important for people to see others who have left. I want to say, ‘I’m here! I’ve lived a day in your life, but I grew older and I grew wiser and now I’m doing this,” katanya di dalam Vogue.