4 Bintang Ternama Menyaksikan Pelancaran Constellation Terbaru Omega, Manhattan
[tps_footer]
Diperkenalkan pada tahun 1982, rekaan “Manhattan” telah berjaya menambat hati dan minat golongan wanita yang mengidamkan sofistikasi dan keanggunan yang jitu pada jam tangan pilihan mereka.
“Koleksi Constellation sering menjadi dambaan wanita dari serata dunia. Tidak kira negara mana mahupun, ia telah berjaya menarik perhatian wanita dari pelbagai latar belakang dan stail. Untuk meraikan semangat tersebut, kami sangat bertuah untuk bersama-sama dengan empat teman baik Omega. Dengan adanya Nicole, Cindy, Shishi, dan Alessandra pada masa yang sama menunjukkan rasa cinta mereka kepada Constellation,” kata Presiden dan CEO Omega, Raynald Aeschlimann.
Apa yang menakjubkan lagi adalah setiap satu daripada wanita hebat ini mempunyai detik istimewa mereka melibatkan Omega.
Cindy Crawford sendiri pernah terlibat dalam proses rekaan semula koleksi Constellation pada tahun 1995. “Saya kini sudah melihat koleksi ini berubah sejak beberapa dekad ini dan saya sering terpesona dengan rekaan-rekaan baru Omega. Ia merupakan jam tangan yang kalsik namun model-model baru ini membuktikan signifikasinya hingga ke hari ini.”
Alessandra Ambrosio pula menyatakan dia amat menggemari fesyen yang kekal lestari dan Constellation merupakan contoh paling tepat. “Ia mempunyai sejarah dans tail, dan ia juga merupakan jam tangan yang tidak hilang tarikannya.”
“Saya sudah mengenali Omega untuk tempoh waktu yang lama dan mereka merupakan sebuah jenama yang mementingkan kualiti dan memajukan produk-produk mereka. Kita boleh lihat hal itu dengan jelas melalui koleksi Constellation. Jam tangan ini direka khas untuk golongan wanita dan ia telah mampu berubah mengikut peredaran masa dengan cara yang telus dan elegan,” ujar Nicole Kidman, seorang peminat tegar Constellation dan Omega.
Duta terbaru Omega, aktres terkenal Liu Shishi merasa berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran individu-individu penting ini ke tanah airnya dan pada masa yang sama berkongsi spotlight dengan tiga lagi wanita hebat itu.
[/tps_footer]