Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Hargai Projek Seni

Dari kiri: Richard Beighton, Elizabeth Tan, Gabrielle Tan, dan TH Gan
[tps_footer]
Braun Büffel Malaysia sangat mementingkan pembelajaran lalu berusaha memberi perhatian dalam membentuk generasi akan datang. Kepentingan seni dan kreativiti ditekankan terutama dalam kempen mengutip sumbangan untuk disalurkan kepada Unicef’s South East Asia – Primary Learning Matrix (Sea-PLM) assessment program, yang menyasarkan kerajaan tempatan mencari jalan memperbaiki sistem pendidikan sedia ada.
[envira-gallery id=”75062″]
“Tiada kanak-kanak perlu diberitau atau merasakan bahawa pendidikan ialah satu keistimewaan mahupun sebuah mimpi jangka panjang,” ujar Christiane Brunk, Pangarah Urusan Braun Büffel Eropah dan cicit kepada pemilik Johann Braun di pelancaran Buffel Art Projek.
Ketika hari Kanak-Kanak Sedunia, telah diadakan acara penyampaian cek kepada Unicef dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang di Ben’s The Garden Mall. Pemenang Buffel Art Competition masing-masing menerima baucar tunai bernilai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.
Manakala cek kutipan pula disampaikan oleh Mr Gan, General Manager dari Lianbee-Jeco Malaysia kepada Richard Beighton, Chief of Private Fundraising and Partnership dari Unicef Malaysia. Acara lebih meriah dengan kehadiran tamu terutama kanak-kanak yang diraikan.
Jenama kulit premium Jerman, Braun Büffel akhiri 2017 dengan penghargaan hasil seni dan menganjurkan kutipan sumbangan untuk kebajikan kanak-kanak menerusi Unicef Malaysia.
[/tps_footer]