Momen-Momen #MostGLAM2017 Melalui Lensa GLAM Societé – Glam Malaysia

Momen-Momen #MostGLAM2017 Melalui Lensa GLAM Societé

Sudah berlangsungnya acara tahunan GLAM Malaysia yakni Most GLAM 2017 di Hotel St. Regis malam tadi dan lebih kurang 200 orang tetamu telah hadir untuk bersama-sama meraikan 11 wanita Most GLAM tahun ini. Sambil mereka bercanda dan berlaga bahu, turut disediakan adalah kawasan-kawasan untuk mereka berfoto sambil menikmati minuman ringan yang disediakan sebelum mereka berangkat masuk ke dalam ballroom untuk disajikan dengan hidangan empat peringkat yang enak. Selain foto-foto rasmi daripada GLAM sendiri, untuk menunjukkan suasana yang lebih tulen kami berkongsikan foto-foto yang diambil oleh para hadirin, atau kini dikenali sebagai GLAM Societé, melalui lensa telefon pintar mereka sendiri dan dikongsikan melalui tanda pagar #MostGLAM2017. Klik seterusnya untuk ikuti kami dalam kembara foto ini.