Awkwafina Lakar Sejarah Di Golden Globe 2020 – Page 3 – Glam Malaysia

Awkwafina Lakar Sejarah Di Golden Globe 2020

Berbakat dalam bidang muzik.

Awkwafina bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, dia juga seorang rapper. Lagunya yang bertajuk My Vag mendapat lima juta tontonan di laman YouTube. Menurut Rolling Stone, lagunya itu menyebabkan dia dipecat sebagai pembantu publisiti di sebuah syarikat penerbitan. Bukan itu sahaja, Awkwafina juga memiliki program bual bicara sendiri di laman YouTube di mana dia menemu bual pelawak dsekitar New York.