Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa
[tps_title]Freddie Mercury & Gia Carangi[/tps_title]
Aids diketika itu masih tiada rawatan sewajarnya dan bagi mereka, HIV adalah hukuman maut. Freddie dan Gia popular di hujung 70an dan 80an dalam dunia hiburan dan modeling. Muzik Freddie ternyata epic dan luar biasa. Malah filem biopik Bohemian Rhapsody memenangi Golden Globe kerana kisah hidupnya yang masih relevan sehingga masa kini.
Gia model paling diinginkan majalah dan klien besar seperti Dior, Yves Saint Laurent, Calvin Klein dan Armani. Gambar-gambarnya yang memanggil itu luar biasa walaupun dia kadang-kadang dipengaruhi dadah ketika menjalani sesi fotografi.
Freddie dikatakan tahu mengenai tahap kesihatannya pada 1987 tetapi menyimpan rahsia sehingga 22 November 1991. Keesokan harinya dia meninggal dunia akibat bronchial pneumonia daripada AIDS. Akibat penyakit sama, Gia Carangi meninggal dunia pada 1996 di usia 26 tahun. Mereka berdua gay dan terlibat dengan dadah serta seks bebas. Kedua-dua individu ini penting di dunia mereka tersendiri.