Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa – Page 3 – Glam Malaysia

Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa

Replika kenderaan dipandu James Dean saat kematiannya.

 

[tps_title]James Dean & Paul Walker [/tps_title]

Kedua-duanya meninggal akibat kemalangan tragis di dalam kenderaan Porsche. Kelajuan pemanduan telah meragut nyawa saat mereka masih dipuncak kejayaan. James Dean memandu sendiri keretanya manakala Paul Walker pula duduk di sebelah ketika sahabatnya memandu Porsche dengan kelajuan dua kali ganda tahap selamat. Malah wajahnya tidak dikenali dan forensik terpaksa menggunakan rekod pergigian bagi mengenalpasti Paul.

 

Pada September 1955 James Dean memandu Porche Spyder digelarnya ‘Little Bastard’ bersama seorang rakan untuk berlumba di Salinas, California. Namun mereka kemalangan di tengah jalan. Kedua-dua mereka meninggal dunia dan membawa kesedihan bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga penimat mereka.