Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa
[tps_title]Whitney Houston & Sridevi[/tps_title]
Kenyataan daripada forensik sama, mereka berdua meninggal di dalam tab mandi. Whitney Houston dikatakan di dalam pengaruh dadah dan arak, begitu juga Sridevi namun pakar forensik menyatakan mereka lemas secara tidak sengaja. Walhal kedua-duanya adalah penyanyi dan pelakon lama yang sangat disayangi peminat.
Mengimbas semula kemasyhuran mereka, Whitney Houston menjadi penyanyi kulit hitam disayangi peminat pada era 80an. Turut berlakon dan semesti filemnya mendapat sambutan. Meninggal pada usia 48 tahun ketika rancangan besarnya ingin kembali di arena seni. Sridevi pula meninggal di Dubai ketika menghadiri perkahwinan anak saudaranya dan meninggal pada usia 54 dan sangat popuar juga di era 80an sebagai pelakon.
Semestinya kehadiran mereka di arena seni akan dikenang selama-lamanya. Segala kemanisan bakal dikenang manakala keburukan mereka hanya sebagai pengajaran. Sebagai manusia mereka tidak lari daripada melakukan kesilapan.