Kediaman – Urban Kontemporari – Page 2 – Glam Malaysia

Kediaman – Urban Kontemporari

Ruang tamu dipisahkan menjadi dua fungsi sama menerusi susun atur sofa lounge di antaranya. Dua kerusi berlengan fabrik corak chevron biru putih memecah dimensi polos segenap ruang. Ruang tamu kedua dipelopori material kulit. Reka bentuk sofa Scandinavian diperbuat daripada rangka besi dan dibaluti kulit mewah daripada Zolano, Italy.