Pengalaman Gastro Epik Mesra Muslim di Western Australia
3. Sertai lawatan memetik buah dan rasai buah-buahan tempatan
Pencinta alam pasti akan menggemari lawatan ini kerana Western Australia mempunyai banyak lawatan memetik buah yang menawarkan peluang kepada pelancong untuk berkunjung ke kebun yang luas dan ladangnya. Sertai lawatan ke Swan Valley Walk dan Orchard Fruit untuk menikmati pemandangan semula jadi yang indah di Swan Valley di mana epal segar, oren, nektar, persimmons, avokado dan plum ditanam dan tersedia untuk dibeli. Semasa lawatan ini juga, anda akan dapat melihat bagaimana buah-buahan tumbuh di tengah bukit dan lembah serta lihat bagaimana buah-buahan berkualiti tinggi ditanam di kebun Australia. Anda juga boleh menikmati eco-walk melalui beratus-ratus pokok dengan pelbagai buah-buahan yang berbeza.

Picture credit: Tourism Western Australia