Tip Memilih Material Yang Sesuai Untuk Kabinet Dapur – Glam Malaysia

Tip Memilih Material Yang Sesuai Untuk Kabinet Dapur

[tps_header]Berfungsi sebagai nadi sesebuah kediaman, dapur adalah ruang aktiviti paling aktif. Antara kriteria yang perlu diambil kira ialah material, reka bentuk dan ruang penyimpanan yang luas. Ketahui jenis material yang sesuai untuk kabinet dapur anda bagi menepati keperluan gaya hidup urban hari ini.

 

Gambar: Deposit photos

[/tps_header]

Kayu Padu

Kuat, tahan lasak dan mahal serta terdapat dalam pelbagai gaya dan kemasan. Ira kayu yang jelas sering menjadi pilihan bagi yang menginginkan wajah dapur tradisional atau klasik. Anda boleh menempah khas atau semi-custom rekaan kabinet untuk material jenis ini.