Chrissy Teigen yang juga dikenali sebagai Queen of Twitterverse kerana sense of humour dan kejujurannya, sering dipandang tinggi oleh para peminatnya. Namun baru-baru ini apabila dia berjenaka bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik secara berlebihan, terdapat sesetengah pihak yang mengambil serius kenyataan Teigen itu (LOL).
Foto: WENN.com
Sewaktu satu acara malam tadi untuk mempromosikan produk kosmetiknya, sebuah kit highlighter, Becca x Chrissy Glow Face Palette, Chrissy menerangkan yang ramai sudah bertanya mengenai tulang pipi Teigen yang menonjol itu adalah kerana implan.
“Segala yang saya ada adalah palsu kecuali pipi saya,” gurau model tersebut lalu menunjukkan pada dahi, hidung dan bibirnya juga. Walaupun ramai yang sedar bahawa model tersebut sekadar bercanda, terdapat beberapa agensi berita yang mempercayai kenyataan itu lalu cuba untuk menghentam model itu.
Tetapi Teigen juga mengaku yang dia pernah menjalani satu sahaja prosedur kecantikan iaitu: menyedut lemak pada bahagian ketiaknya.
“Saya tidak segan untuk membincangkan hal-hal sebegini. Saya juga tidak mempunyai sebarang penyesalan.”
Teigen membalas semula berita-berita yang melaporkan kepalsuannya itu melalui beberapa pos pada akaun Twitter-nya.
Reminder to never ever joke, ever (I did do the armpits, no regrets except it clearly came back) pic.twitter.com/89mHXGE1Hc