Exclusive First Look Dari Kenzo x H&M
H&M berkongsi tiga looks pertama dari koleksi Kenzo x H&M. Setiap rekaan penuh dengan corak bold, warna dan keperibadian yang mempamerkan hasil kerjasama dua jenama fesyen itu. Imej lookbook untuk koleksi ini menampilkan artis muda dan aktivis yang dipilih sebagai duta untuk kolaborasi Kenzo X H&M.
Koleksi penuh boleh didapati di lebih 250 cawangan H&M terpilih di seluruh dunia dan juga melalui online bermula dari 3 November.

Amy Sall dan Juliana Huxtable- mengenakan jersey rollneck tops dengan corak harimau dipadankan high waisted leggings dengan corak sama dan dilengkapi dengan sarung tangan kulit hitam dengan cetakan logo merah jambu dan jacquard knitted tiger-sock shaft boots.

Ismaya Ffrench memakai jaket kulit oversized dengan faux shearling lining berwarna merah jambu, dipadankan dengan jersey rollneck top dan high waisted leggings dengan corak harimau