J.W. Anderson Rangkul Gelaran Pereka Fesyen Wanita Dan Lelaki Terbaik
Oleh: Mujahid Saddam
Noomi Rapace, Jonathan Anderson dan Orlandon Bloom. Gambar: Instagram British Fashion Council
Kelompok fesyen British yang terdiri daripada pereka fesyen serta peragawati sekali lagi dirai dalam British Fashion Awards 2015. J.W. Anderson di bawah naungan Jonathan Anderson mencipta sejarah pada tahun ini apabila merangkul gelaran Womenswear dan Menswear Designer, sekaligus merupakan kali pertama label yang sama memenangi dua kategori berbeza. Menewaskan Victoria Beckham dan Christopher Kane bagi kategori Womenswear manakala Tom Ford dan E Tautz bagi kategori Menswear, tahun ini juga merupakan kali kedua berturut-turut dia merangkul gelaran Menswear Designer.
Anderson terus mencipta fenomena dalam industri fesyen. Sering menjadi pilihan selebriti kala di hamparan merah, antara yang mencipta momen tersendiri adalah busana yang disarungkan Chloe Sevigny diMet Gala 2015.
Peragawati Jourdan Dunn pula merangkul kategori Model Terbaik manakala FKA Twigs yang terkenal dengan gaya eccentric memenangi kategori British Style – Fashion Innovator. Lihat senarai penuh pemenang di bawah.
Emerging Womenswear Designer:Thomas Tait
Emerging Menswear Designer:Grace Wales Bonner
Emerging Accessory Designer: Jordan Askill
New Establishment Designer: Mary Katrantzou
Erdem Moralioglu dan Alexa Chung. Gambar: Instagram British Fashion Council
Establishment Designer:Erdem
Womenswear Designer: J.W. Anderson
Menswear Designer: J.W. Anderson
Accessory Designer: Charlotte Olympia
Outstanding Achievement:Karl Lagerfeld
Isabella Blow Award for Fashion Creator: Nick Knight
International Designer: Alessandro Michele for Gucci
Red Carpet Designer: Tom Ford
Brand: Stella McCartney
Jourdan Dunn & Olivier Rousteing. Gambar: Instagram British Fashion Council
Model:Jourdan Dunn
Creative Campaign:Burberry
British Style – Fashion Innovator Award:FKA Twigs
British Style – Red Carpet Ambassador Award: Gwendoline Christie