Raf Simons Memperkenalkan Logo Baru Calvin Klein
Selepas pengumuman perkhidmatan baru made-to-measure untuk busana kustom yang digelar “By Appointment” dan juga kejayaan pertunjukan pakaian lelakinya untuk Calvin Klein baru-baru ini di New York, pengarah kreatif baru Calvin Kleins turut memberikan satu lagi nafas baru kepada jenama ikonik ini: logo baru untuk Calvin Klein.
Bagi peminat jenama ini, nampak gayanya anda akan mula melihat logo terbaru ini digunakan untuk bahagian pinggang seluar dalam anda tidak lama lagi.
Kebetulan pula, Calvin Klein mengongsikan sekeping gambar seluar dalam dengan logo Calvin Klein yang lama sebelum mengongsikan foto logo baru itu.
Raf menggunakan perkhidmatan pereka grafik Peter Saville untuk menghasilkan logo terbaru Calvin Klein ini dan perubahan terbesar yang dilakukan oleh Raf dan Peter adalah perkataan Calvin Klein kini semuanya menggunakan huruf besar tetapi masih lagi mengekalkan font sans-serif.
Walaupun Raf Simons sudah pun mula menempa namanya dalam DNA Calvin Klein, acara terbesar Raf untuk Calvin Klein adalah koleksi akan datang ini yang akan mempamerkan koleksi pakaian lelaki dan wanita dalam satu pertunjukan fesyen. Buat pertama kalinya dalam sejarah Calvin Klein.