Senarai Penuh Pemenang FFM28
Majlis berprestij Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang berlangsung pada 3 September, semalam menyaksikan penganugerahan sebagai usaha mengiktiraf industri perfileman Malaysia.
Bertempat di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre, filem Jagat berjaya merangkul pulang gelaran Filem Terbaik Malaysia ke-28. Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM28:
- Filem Box Office: Polis Evo, Astroshaw Sdn. Bhd.
- Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof – Munafik
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Tan Qin Lin – The Kid From the Big Apple
- Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim – Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit
- Sinematografi Terbaik: Haris Hue Abdullah – Polis Evo
- Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crossley – Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit
- Pengarah Baharu Terbaik: Shanjhey Kumar Perumal – Jagat
- Lakon Layar Terbaik: Bea Tanaka – Nota
- Anugerah Khas Juri: Ola Bola, Polis Evo & The Kid From The Big Apple
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato’ Ahmad Daud – Langit Cinta
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Hussain – Polis Evo
- Filem Cereka Animasi Terbaik: Animonsta Studios Sdn Bhd – Boboiboy The Movie
- Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda – Munafik
- Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim – Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit
- Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Tuan Haji Deddy M Borhan
- Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof – Munafik
- Filem Terbaik Malaysia FFM28: Skyzen (M) Sdn Bhd – Jagat
- Filem Terbaik Nasional FFM28: Skop Productions Sdn Bhd Munafik
Image credit: Google
0 Comments