Vega Dinobat Miss Universe
Gambar: TPG
Doral Miami bergemerlapan meraikan acara ratu cantik terunggul Miss Universe yang menyaksikan Paulina Vega dari Colombia telah dinobatkan sebagai Miss Universe yang ke-63 sekaligus mengalahkan naib juara iaitu Miss USA Nia Sanchez. Lebih 80 negara menyertai Miss Universe 2014 ini termasuk Ratu Malaysia Sabrina Beneett yang menyarungkan persalinan tradisi rekaan Adila Long dan gaun formal menawan rekaan Fizi Woo.
Vega 22, pelajar jurusan pentadbiran perniagaan tidak menyangka bahawa kemenangan itu milik beliau. Kata Vega “Saya akan memakai crown ini dengan penuh bangga dan ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga serta seluruh masyarakat yang telah menyokong saya selama ini”.
Pemenang Miss Universe, Paulina Vega
Nia Sanchez 1st runner up, Miss USA
Diana Harkusha 2nd runner up, Miss Ukraine
Yasmin Verheijen 3rd runner up, Miss Nertherlands
Kaci Fennell 4th runner up, Miss Jamaica