Victoria’s Secret Fashion Show Bakal Diadakan di Shanghai?
Dengan pembukaan beberapa buah kedai baru di tanah besar China (Shanghai dan Chengdu), Victoria’s Secret telah menghantar beberapa VS Angels ke sana yang terdiri daripada, Alessandra Ambrosio Josephine Skriver, Ming Xi dan Sui He.
Victoria’s Secret membuka kedai kecantikan dan aksesori pertama di China pada tahun 2015.
Melalui foto-foto yang dikongsikan serta hashtag #VSLovesChina secara tidak langsung memberikan petunjuk, seperti yang dilaporkan oleh WWD, yang pertunjukan fesyen tahunan Victoria’s Secret bakal diadakan di Shanghai tahun ini.
Pihak Victoria’s Secret masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai informasi ini so stay tuned!
Sebelum ini Victoria’s Secret pernah mengadakan pertunjukan fesyen mereka di Paris, Cannes, London, New York City, Los Angeles, dan juga Miami.